Monday, 15 July 2013

Doa Mengubah Segala Sesuatu


Petikan Khotbah Pdt. Asoi Ondong 
sempena Mesyuarat Agung Tahunan Gereja PCS Kumbatang 
pada 13 Julai 2013 (Sabtu)
Teks: Yohanes 2:1-12 (Perkahwinan di Kana)
Tema: Doa Mengubah Segala Sesuatu

Doa ialah cara untuk orang Kristian berbicara dengan Bapa di syurga.
Doa bukan setakat kita memejamkan mata dan tunduk kepala, lebih dari itu Doa merupakan satu perlaksanaan dan juga perancangan.

1. Ibu Yesus:-
(3) Ketika mereka kekurangan anggur, ibu Yesus berkata kepada-Nya; "Mereka kehabisan anggur"
Ibu Yesus meminta bukan dengan cara mendesak tetapi hanya luahan perasaan kepada Yesus. Dalam kita berdoa kepada Tuhan, kita tidak perlu memaksa Tuhan untuk bertindak cepat/serta-merta tetapi dengan rendah hati menyatakan keperluan kita kepada Tuhan. Apapun jenis keperluan kita, perkara kecil atau besar, kita luahkan kepada Tuhan kerana Tuhan sentiasa mendengar.

2. Ibu Yesus:-
(5) Tetapi ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan: 'Apa yang dikatakan kepadamu, buatlah itu!"
Apa yang sudah diputuskan dalam satu persekutuan/mesyuarat, Tuhan menerima keputusan itu. Kerana itu bukan keputusan satu orang sahaja tetapi atas keputusan satu mesyuarat atau pemimpin gereja (dipimpin oleh Tuhan) - lakukanlah!.

3. Pelayan-pelayan:-
(7) Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu: "Isilah tempayan-tempayan itu penuh dengan air." Dan mereka pun mengisinya sampai penuh.
Yesus menyuruh menyuruh pelayan-pelayan mengisi tempayan dengan air. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Yesus mengajar untuk menggunakan apa yang sudah tersedia dan biarkan tangan Tuhan yang mengerjakan.

Jemaat Kumbatang, kehabisan anggur adalah seperti kita hilang kekuatan. Tetapi marilah dengan rendah hati meminta pertolongan dari Tuhan. Katakan "Tuhan kami tidak berdaya, Tuhan kami tidak mampu."
Kadang-kadang, Tuhan mengatakan "Saat-Ku belum tiba". Tetapi apapun yang sudah dirancang, lakukanlah!
Gunakanlah apa yang sudah tersedia di hadapan kita. Selebihnya tangan Tuhan yang bekerja. 
Sedar atau tidak, di akhirnya, kita akan melihat sesuatu perubahan yang luar biasa. 
Tetapi di atas semua itu "Carilah dahulu Kerjaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." (Matius 6:33)

Tuhan Yesus Memberkati. Amin

No comments:

Post a Comment