Thursday, 18 July 2013

Sambutan Hari Ibu & Bapa 2013


Shalom, salam kasih dan damai dalam nama Tuhan Yesus. Syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi Hari Ibu & Bapa berjaya dilaksanakan walaupun agak terlalu lewat perlaksanaannya disebabkan kesuntukan masa pada bulan mei dan jun. Hari Ibu sepatutnya disambut pada 12 mei 2013, manakala Hari Bapa ialah pada 16 jun 2013 . Tetapi di Gereja PCS Kumbatang, kami mengadakan sambutan itu serentak mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Sambutan ini dikendali oleh Persekutuan Belia. 

Acara bermula selepas kebaktian kira-kira jam 4.30pm dengan acara sukaneka iaitu Boling kelapa, mulut panjang dan sambut kasih. Selepas itu, jamuan makan malam diadakan. Selepas jamuan, diadakan acara dalam dewan iaitu persembahan koir ASM, ucapan wakil anak, ibu dan bapa, acara memotong kek, pertandingan memotong sayur, pertandingan makan dan duet. Akhir sekali ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Sukaneka
Alfred @ Eko menyampaikan taklimat kepada ibu bapa
Boling Kelapa: Pasangan Ibu/Bapa & Anak
Boling Kelapa: Pasangan Suami & Isteri



Hujan lebat semasa sukaneka.


Mulut Panjang
Mulut Panjang
Sambut Kasih
Jamuan Makan

Makan nasi goreng saja








AJK Makanan 


Chef Lawin dan pembantu-pembantunya
 Acara Malam
Persembahan Koir dari ASM
Ucapan Wakil Anak, Ibu & Bapa
Acara Memotong Kek. En. Lesa & Pn. Juriah telah dipilih pada tahun ini







Pertandingan Makan di antara 5 pasangan Bapa dan Anak Lelaki.
En. Rubin dan anaknya telah memenangi pertandingan ini.

Pertandingan Memotong Sayur di antara 5 pasang ibu & anak
perempuan. Acara ini dimenangi oleh Pn. Josie & anaknya

Duet - No.1: En. Jamalin & Hazel, No. 2: Pn. Hanah & Yennie,
No.3: En. Rubin & Nielzron
Duet 

Mesyuarat Agung Tahunan

Shalom, Salam Kasih dan Damai dalam nama Tuhan Yesus Kristus. 

Pada 13 Julai 2013 bersamaan hari sabtu, Gereja PCS Kumbatang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali ke-23. Mesyuarat ini bermula pada jam 8 pagi pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Tema Mesyuarat pada kali ini ialah ‘Doa Mengubah Segala Sesuatu’. Seramai 70 orang jemaat telah hadir dalam mesyuarat tersebut bagi mewakili keluarga dan persekutuan masing-masing.

Mesyuarat dimulakan dengan kebaktian pembukaan yang dipimpin oleh Saudara Jamalin Yomilis dan Pdt. Asoi Ondong (Pengerusi AJKP Sikuati) diundang untuk menyampaikan khotbah. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pelaksana, Cik Thracy Glare Joniun dan ucapan pengerusi majlis gereja, en. joniun atajau.

Terdapat 13 agenda dalam mesyuarat agung termasuk ucapan dasar pengerusi majlis gereja, pengesahan minit mesyuarat 2012, laporan s/u, laporan kewangan, laporan kemajuan biro dan laporan  ke-3 persekutuan wanita, belia dan pelayanan sekolah minggu serta penerimaan usul dari perwakilan.


Dalam mesyuarat tersebut pelbagai kata sepakat yang telah diputuskan untuk dilaksanakan pada tahun 2013. Antaranya dari segi pembangunan ialah pembinaan rumah gembala dan penambahan bangunan sekolah minggu serta penambahan alat pelayanan muzik dan pemasangan projektor lcd (tetap). Berdasarkan banci anggota 2012, jumlah keseluruhan anggota ialah 322 orang (Kampung = 228 orang, semenanjung = 22 orang, lain2 tempat di sabah = 72 orang). Pada tahun 2012, gereja memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM 57,458.31 dan menyasarkan untuk memperoleh pendapat sebanyak RM 63,523.20 pada tahun 2013 (mari sama-sama berdoa untuk ini).

Gambar-gambar semasa mesyuarat:
Pengerusi melantik pengerusi tetap dan pencatit minit


Pengerusi Tetap, En. Manuel Akiun & Pencatiti Minit, Cik Lidia Manau

Suasana semasa mesyuarat sedang berlansung
Pdt. Marakus Itam sedang fokus membaca ucapan dasar pengerusi
Sebahagian Kaum Ibu yang hadir
Kumpulan Bapa-Bapa di bahagian hadapan
Belia Perempuan bersama Pn. Inobunga

Kumpulan Belia lelaki sedang berbincang di belakang
En. Robot Ondong bertanya soalan kepada pimpinan sidang
Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari, En. Jonuring Atajau
Wajah-wajah ceria Majlis Gereja
En. Nickolen Robot mengangkat tangan untuk menyokong pengesahan laporan 

En. Musulim sedang menjelaskan sesuatu kepada jemaat
Di dewan makan:
Ibu-ibu sibuk menyediakan makanan tengahari

Suasana semasa makan
Pembincangan di luar semasa rehat tengahari


Penutupan Mesyuarat:


Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Tetap
Penyampaian Cenderehati kepada Pencatiti minit

Penghargaan kepada jemaat dengan 
mengadakan cabutan penggunjung bertuah

Tuhan memberkati. Amin


Monday, 15 July 2013

Doa Mengubah Segala Sesuatu


Petikan Khotbah Pdt. Asoi Ondong 
sempena Mesyuarat Agung Tahunan Gereja PCS Kumbatang 
pada 13 Julai 2013 (Sabtu)
Teks: Yohanes 2:1-12 (Perkahwinan di Kana)
Tema: Doa Mengubah Segala Sesuatu

Doa ialah cara untuk orang Kristian berbicara dengan Bapa di syurga.
Doa bukan setakat kita memejamkan mata dan tunduk kepala, lebih dari itu Doa merupakan satu perlaksanaan dan juga perancangan.

1. Ibu Yesus:-
(3) Ketika mereka kekurangan anggur, ibu Yesus berkata kepada-Nya; "Mereka kehabisan anggur"
Ibu Yesus meminta bukan dengan cara mendesak tetapi hanya luahan perasaan kepada Yesus. Dalam kita berdoa kepada Tuhan, kita tidak perlu memaksa Tuhan untuk bertindak cepat/serta-merta tetapi dengan rendah hati menyatakan keperluan kita kepada Tuhan. Apapun jenis keperluan kita, perkara kecil atau besar, kita luahkan kepada Tuhan kerana Tuhan sentiasa mendengar.

2. Ibu Yesus:-
(5) Tetapi ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan: 'Apa yang dikatakan kepadamu, buatlah itu!"
Apa yang sudah diputuskan dalam satu persekutuan/mesyuarat, Tuhan menerima keputusan itu. Kerana itu bukan keputusan satu orang sahaja tetapi atas keputusan satu mesyuarat atau pemimpin gereja (dipimpin oleh Tuhan) - lakukanlah!.

3. Pelayan-pelayan:-
(7) Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu: "Isilah tempayan-tempayan itu penuh dengan air." Dan mereka pun mengisinya sampai penuh.
Yesus menyuruh menyuruh pelayan-pelayan mengisi tempayan dengan air. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Yesus mengajar untuk menggunakan apa yang sudah tersedia dan biarkan tangan Tuhan yang mengerjakan.

Jemaat Kumbatang, kehabisan anggur adalah seperti kita hilang kekuatan. Tetapi marilah dengan rendah hati meminta pertolongan dari Tuhan. Katakan "Tuhan kami tidak berdaya, Tuhan kami tidak mampu."
Kadang-kadang, Tuhan mengatakan "Saat-Ku belum tiba". Tetapi apapun yang sudah dirancang, lakukanlah!
Gunakanlah apa yang sudah tersedia di hadapan kita. Selebihnya tangan Tuhan yang bekerja. 
Sedar atau tidak, di akhirnya, kita akan melihat sesuatu perubahan yang luar biasa. 
Tetapi di atas semua itu "Carilah dahulu Kerjaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." (Matius 6:33)

Tuhan Yesus Memberkati. Amin