Wednesday, 6 April 2011

Blog ini?

Shalom,

Apa kabar kamu di sana? Baiklah sebelum blog ini mula untuk beroperasi, ingin kiranya saya menyatakan di sini tujuan & idea untuk menghasilkan blog ini. Idea penghasilan blog ini adalah dari En. Jonuring, bendahari gereja yang menginginkan satu laman sosial untuk jemaat khususnya yang ada luar dari kampung (sama ada di Sabah, Labuan, Sarawak & Semenanjung) untuk memperoleh maklumat dan berita tentang Gereja. Bendahari Gereja berpendapat untuk memaksimakan penggunaan kemudahan yang ada termasuk kemudahan IT. Tidak ada AJK rasmi untuk blog ini tetapi hanya tindakan peribadi atas permintaan bendahari gereja. Tetapi, bagi sesiapa yang ingin post entri di blog ini amatlah dialu-alukan dan kami mengharapkan sebarang komen daripada pelawat blog ini. Suka diingatkan di sini untuk menjaga perkataan & ayat sama ada dalam ruang chat, komen atau post. Seperti dalam Amsal 15:23 "Seseorang bersukacita karena jawaban yang diberikannya, dan alangkah baiknya perkataan yang tepat pada waktunya"..


Sebarang bahasa boleh digunakan dalam blog ini tetapi hendaklah boleh difahami oleh pembaca. Blog ini akan memuatkan pelbagai bahan seperti pengenalan Gereja PCS Kumbatang termasuk mengenali pemimpin Gereja, aktiviti-aktiviti Gereja, Renungan dan sebagainya.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

TUHAN MEMBERKATI


Ikhlas:TGJ

No comments:

Post a Comment