Shalom, Salam Kasih dan Damai dalam nama Tuhan Yesus
Kristus.
Pada 13 Julai 2013 bersamaan hari sabtu, Gereja PCS Kumbatang telah
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali ke-23. Mesyuarat ini bermula pada
jam 8 pagi pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Tema Mesyuarat pada kali ini
ialah ‘Doa Mengubah Segala Sesuatu’. Seramai 70 orang jemaat telah hadir dalam
mesyuarat tersebut bagi mewakili keluarga dan persekutuan masing-masing.
Mesyuarat dimulakan dengan kebaktian pembukaan yang dipimpin
oleh Saudara Jamalin Yomilis dan Pdt. Asoi Ondong (Pengerusi AJKP Sikuati)
diundang untuk menyampaikan khotbah. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh
Pengerusi Pelaksana, Cik Thracy Glare Joniun dan ucapan pengerusi majlis
gereja, en. joniun atajau.
Terdapat 13 agenda dalam mesyuarat agung termasuk ucapan
dasar pengerusi majlis gereja, pengesahan minit mesyuarat 2012, laporan s/u, laporan kewangan, laporan kemajuan biro dan laporan ke-3 persekutuan wanita, belia dan pelayanan
sekolah minggu serta penerimaan usul dari perwakilan.
Dalam mesyuarat tersebut pelbagai kata sepakat yang telah
diputuskan untuk dilaksanakan pada tahun 2013. Antaranya dari segi pembangunan ialah pembinaan rumah gembala dan penambahan bangunan sekolah minggu serta penambahan alat pelayanan muzik dan pemasangan projektor lcd (tetap). Berdasarkan banci anggota 2012, jumlah keseluruhan anggota ialah 322 orang (Kampung = 228 orang, semenanjung = 22 orang, lain2 tempat di sabah = 72 orang). Pada tahun 2012, gereja memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM 57,458.31 dan menyasarkan untuk memperoleh pendapat sebanyak RM 63,523.20 pada tahun 2013 (mari sama-sama berdoa untuk ini).
Gambar-gambar semasa mesyuarat:
|
Pengerusi melantik pengerusi tetap dan pencatit minit |
|
Pengerusi Tetap, En. Manuel Akiun & Pencatiti Minit, Cik Lidia Manau |
|
Suasana semasa mesyuarat sedang berlansung |
|
Pdt. Marakus Itam sedang fokus membaca ucapan dasar pengerusi |
|
Sebahagian Kaum Ibu yang hadir |
|
Kumpulan Bapa-Bapa di bahagian hadapan |
|
Belia Perempuan bersama Pn. Inobunga |
|
Kumpulan Belia lelaki sedang berbincang di belakang |
|
En. Robot Ondong bertanya soalan kepada pimpinan sidang |
|
Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari, En. Jonuring Atajau |
|
Wajah-wajah ceria Majlis Gereja |
|
En. Nickolen Robot mengangkat tangan untuk menyokong pengesahan laporan |
|
En. Musulim sedang menjelaskan sesuatu kepada jemaat |
Di dewan makan:
|
Ibu-ibu sibuk menyediakan makanan tengahari
|
|
Suasana semasa makan |
|
Pembincangan di luar semasa rehat tengahari
|
Penutupan Mesyuarat:
|
Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Tetap |
|
Penyampaian Cenderehati kepada Pencatiti minit |
Penghargaan kepada jemaat dengan
mengadakan cabutan penggunjung bertuah
Tuhan memberkati. Amin