Friday, 5 December 2025

Renungan Hari Ini

Berjalan dengan Tuhan
Galatia 5:7-10

Hari itu ialah hari Selasa, orang ramai yang berjalan di trek sepatutnya berjalan mengikut arah jam menurut aturan gimnasium. Kumpulan pertama yang disertai isteri saya memang mengikut arah itu. Namun kemudian, seorang lagi masuk ke trek dan berjalan bertentangan arah jam. Beberapa orang rakannya pula mengikut—kemudian seorang lagi. Tiba-tiba suasana menjadi kacau-bilau di trek, dan mengambil masa beberapa minit untuk mengembalikan keadaan seperti biasa.

Walaupun mereka yang berjalan ke arah yang salah itu tiada niat jahat, saya tidak dapat berhenti terfikir tentang kuasa pengaruh. Seorang yang berjalan ke arah yang salah diikuti oleh seorang lagi, lalu berterusan begitu. Perkara ini seperti dicatatkan dalam Amsal 13:20: “Orang yang bergaul dengan orang arif akan menjadi arif, tetapi orang yang berkawan dengan orang bodoh akan menderita.” Mengikut jejak seseorang yang menuju ke arah yang salah akan membawa masalah.

Dalam Galatia 5, Paulus menerangkan bagaimana kesilapan sebegini boleh menghentikan kemajuan rohani kita. Katanya, “Dahulu perjalananmu baik. Siapakah yang telah menghalangmu sehingga kamu tidak lagi menurut yang benar? Pujukan ini bukannya daripada Tuhan yang memanggilmu”(ayat 7-8). Tuhan, yang menghendaki ketaatan kita, tidak pernah menyesatkan kita dan tidak pernah “mengacau fikiran [kita]” (ayat 10). Tetapi mereka yang menentang kebenaran-Nya boleh menghalang perjalanan rohani kita dengan memesongkan arah kita daripada-Nya.

Tuhan mahu menjadi penuntun hidup kita. Apabila kita berjalan bersama-Nya, kita tidak akan tersesat ke arah yang salah

Renungan & Doa:

Dalam situasi apa anda membiarkan seseorang membawa anda menjauhi Tuhan? Apa yang boleh anda lakukan untuk mengubah haluan hidup anda?

Tuhan yang dikasihi, terima kasih untuk firman-Mu, yang membimbing aku mengarahkan haluanku kepada-Mu. Tolonglah aku mengikuti-Mu dengan lebih rapat hari ini.

Thursday, 18 July 2013

Sambutan Hari Ibu & Bapa 2013


Shalom, salam kasih dan damai dalam nama Tuhan Yesus. Syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi Hari Ibu & Bapa berjaya dilaksanakan walaupun agak terlalu lewat perlaksanaannya disebabkan kesuntukan masa pada bulan mei dan jun. Hari Ibu sepatutnya disambut pada 12 mei 2013, manakala Hari Bapa ialah pada 16 jun 2013 . Tetapi di Gereja PCS Kumbatang, kami mengadakan sambutan itu serentak mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Sambutan ini dikendali oleh Persekutuan Belia. 

Acara bermula selepas kebaktian kira-kira jam 4.30pm dengan acara sukaneka iaitu Boling kelapa, mulut panjang dan sambut kasih. Selepas itu, jamuan makan malam diadakan. Selepas jamuan, diadakan acara dalam dewan iaitu persembahan koir ASM, ucapan wakil anak, ibu dan bapa, acara memotong kek, pertandingan memotong sayur, pertandingan makan dan duet. Akhir sekali ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Sukaneka
Alfred @ Eko menyampaikan taklimat kepada ibu bapa
Boling Kelapa: Pasangan Ibu/Bapa & Anak
Boling Kelapa: Pasangan Suami & Isteri



Hujan lebat semasa sukaneka.


Mulut Panjang
Mulut Panjang
Sambut Kasih
Jamuan Makan

Makan nasi goreng saja








AJK Makanan 


Chef Lawin dan pembantu-pembantunya
 Acara Malam
Persembahan Koir dari ASM
Ucapan Wakil Anak, Ibu & Bapa
Acara Memotong Kek. En. Lesa & Pn. Juriah telah dipilih pada tahun ini







Pertandingan Makan di antara 5 pasangan Bapa dan Anak Lelaki.
En. Rubin dan anaknya telah memenangi pertandingan ini.

Pertandingan Memotong Sayur di antara 5 pasang ibu & anak
perempuan. Acara ini dimenangi oleh Pn. Josie & anaknya

Duet - No.1: En. Jamalin & Hazel, No. 2: Pn. Hanah & Yennie,
No.3: En. Rubin & Nielzron
Duet